Susulan hujan lebat dan ribut petir, beberapa kawasan, kebanyakannya di Pantai Barat semenanjung Malaysia berisiko dilanda banjir kilat bermula hari ini.<br /><br />Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri, berkuat kuasa dalam tempoh 12 jam dari masa notis dikeluarkan, iaitu jam 5 petang Khamis.
